Tahukah kamu bahawa
lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai
rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi
yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau
peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul.
Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.
Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan
Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan
tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang,
Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan
yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai
peribadi yang berani dan tegas.
Bersesuaian dengan kegemaran yang
suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam
masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh
duduk diam.
Gambar
Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan RockSudah
menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar
personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara
seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai
seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang
tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang
lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar
heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah
dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang
popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula
kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu
seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.
Gambar IklanIni
menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan
seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati
terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu
merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang
gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai
seorang yang ketinggalan zaman.
Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang
yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu
dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain
dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat
pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga
sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka
tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.
Gambar Kolej Atau UniversitiJika
kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar
menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej
tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu
pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.
Lukisan Tangan
Kamu
digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan
rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan
suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan
tidak suka berahsia.
Gambar Dengan Warna NeonKamu
sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling
sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai
baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang,
popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu
juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang
cuba mengambil kesempatan dari kamu
Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu
digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia
menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia
dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan,
sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka
mengkaji
kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang
diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.
Kemeja T Yang KetatJika
kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang
yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going
dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej
kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih
suka untuk melakukan dengan sempurna.
Kemeja T Kamu Longgar Dan
KoyakKamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang
emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat
itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam
hidup kamu.
Baju T KosongJika kamu sukakan kemeja T
kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan
kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima,
hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu
sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu
bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah
No comments:
Post a Comment